Thursday, 17 May 2012

Penjagaan Tanaman

PENJAGAAN TANAMAN


        1. Merumput

a.    Merumput dilakukan dengan tujuan membuang pesaing tanaman

b.   Rumput dan rumpai sekeliling batang pokok tanaman hendaklan dibuang dengan tangan atau dengan menggunakan alatan yangsesuai seperti serampang tangan

Rumput hendaklah dibuang untuk mengelakkan persaingan

        2. Menyiram

a.    Penyiraman dilakukan 2 kali sehari iaitu pagi dan petang

Tanaman berbatang lembut memerlukan banyak air


        3. Menggembur 

a.    Mengembur dilakukan dengan tujuan untuk membaiki saliran

Menggenbur tanah akan membolehkan udara dan air  memasuki ronggan medium dengan segera

    4.   Membaja

a.    Membaja dilakukan dengan tujuan untuk mengekal kesuburan tanaman dan membekalkan nutrien secara berterusan kepadatanaman

b.   Membaja boleh dilakukan sekali dalam 2 minggu

c.   Baja tiruan NPK (Nitrogen, Posforus, kalium) atau baja organik boleh digunakan

Membaja hendaklah dijauhkan sedikit dari pangkal pokok



5.   Pengawalan 

a.    Tanaman perlu dilindungi daripada musuh seperti serangga, siput dan kulat

b.   Kawalan boleh dilakukan secara terus dengan membuang serangga atau menggunakan racun yang dibenarkan dan mengikut prosedur yang betul

Kumbang

Siput Babi

Belalang

Keratan Batang


KERATAN BATANG
Jom tambah ilmu!!! (sila klik)

I. Bahagian batang keras  II. Bahagian batang sederhana keras  III. Bahagian batang lembut


 1.    Jenis keratan

a.    Bahagian keras
~ Hendaklan dibuang semua daun

b.   Bahagian sederhana keras
~ Hendaklah dibuang semua daun kecuali daun paling atas sekali

c.   Bahagian lembut
~ Hendaklah dibuang daun bahagian bawah sahaja


 2.    Langkah-langkah penyediaan keratan batang

a.    Pilih batang yang sesuai dan berkeadaan baik 

b.   Kerat dengan menggunakan sketuar 

c.   Buang daun-daun yang tidak diperlukan

d.   Kerat batang kepada beberapa bahagian

e.    Celupkan hujung keratan ke dalam hormon pengakaran

f.    Cucuk ke dalam medium di tapak semaian atau beg poli hitam

g.    Siram dan letakkan ditempat yang teduh



 3.  Jenis tanaman keratan batang (sila klik)

Bunga Raya
Bunga Kertas
Bunga Alamanda Kuning
Bunga Ros


Pembiakan Tanaman

PEMBIAKAN TANAMAN


1. Tanaman dibiakkan dengan tujuan seperti:

a.    Membanyakkan anak benih dan baka tanaman 

b.   Memelihara spesis tanaman

c.   Memelihara alam sekitar

d.   Mendapat keuntungan hasil jualan.



2Jenis-jenis pembiakan tanaman adalah: 

a.    Pembiakan seksMembiakkan tanaman dengan menggunakan biji benih 

b.   Pembiakan aseksMembiakan tanaman tanpa menggunakan biji benih

c.   Membiakkan dengan menggunakan keratan daun

d.   Membiakkan dengan menggunakan keratan batang

e.    Membiakkan dengan menggunakan akar 

f.    Membiakkan dengan menggunakan rumpun
Anak benih daripada beg poli perlu dipindahkan ke dalam pasu apabila besar


PENYEDIAN MEDIUM


1.    Nisbah Campuran

a.    Medium semaian menggunakan nisbah campuran yang diperkenalkan oleh John Innes

b.   Bahan yang digunakan ialah tanah loam, bahan organik dan pasir sungai

c.   Bahan organik adalah najis haiwan seperti lembu, ayam dan kambing

d.   Bahan organik atau kompos amat baik digunakan kerana ia dapat


       ~Mengekalkan kelembapan medium
         
       ~ Membaiki struktur tanah dan saliran
         
       ~ Mengurangkan kepadatan tanah

       ~ Lebih mesra alam dan bebas kesan bahan kimia


e.    Nisbah medium semaian ialah 2:1:1 iaitu 2 tanah loam, 1 bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai

f.    Nisbah medium tanaman ialah 3:2:1 (atau 7:3:2) iaitu 3 tanah loam, 2 bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai

g.    Semua bahan hendaklan ditapis dan digaul sehingga rata



2.    Kompos

~ Kompos ialah bahan organik yang telah cukup reput

Bahan campuran medium adalah tanah loam, bahan organik dan pasir sungai


Alatan Kerja


ALATAN KERJA

Sudip Tangan & Serampang

Penapis

Sketuar


Penyiram



 1.    Serampang- digunakan untuk menggembur tanah

 2.    Sudip tangan- digunakan untuk menyodok dan mengaul medium/tanah

 3.    Penapis- untuk menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan dan menghaluskan medium

 4.    Penyiram- digunakan untuk menyiram tanaman

 5.    Sketuar - digunakan untuk mecantan ranting dan dahan kecil




BAHAN-BAHAN

 1.    Tapak semaian

 2.    Beg poli hitam

 3.    Pasu

 4.    Hormor pengakaran

 5.    Baja

 6.    Racun

Pasu & Beg Poli Hitam

Baja Kimia & Baja Organik